BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 20, 2010

Sindiket Lawan - Kawan ( siri 3/2 )

KEJAM

Hatta , kita cuba meyelongkar teori "musuh". Sebab? kita nak cari jalan agar kita tak di perbodohkan oleh musuh kita .Satu lagi supaya kita dapat cari jalan nak kalahkan musuh kita. Niat buruk yang mendorong kita untuk menjatuhkan musuh kita. Realitinya , kita akan ada perasaan benci , meyampah , meluat dan sakit hati dengan musuh kita , cuma kadang-kadang kita tak tunjuk kebencian tu , kita simpan jadi dendam. Maka , dalam diam kita menjadi musuh. Kadangkala , kita tunjuk depan-depan secara kasar menglaknat musuh kita dengan kata-kata benci , pandangan musuh dan mimik bibir yang menjengkelkan. Semua bertujuan untuk sakit kan hati musuh kita. Jika kita lihat dari segi nilai nya, ia agak jahat.

Bila kita bermusuh , ia seperti kita sedang berperang. Setiap serangan itu kita harapkan akan memberi kesan yang buruk kepada musuh kita. Dalam pelbagai cara sama ada kita menjadi musuh atau kita bermusuh , kita akan cuba menjahamkan moral dia. Bagi dia rasa sakit hati , biar dia rasa apa yang kita rasa.

Dalam pengalaman aku bermusuh dan mejadi musuh , aku boleh lihat yang bertapa syaitan nya kita atau dia terhadap kita. Kejam gila bila dia cuba membuat sesuatu yang menyakitkan hati kita.
Kadangkala , kita akan membuat serang balas. Samada , kita perli dia dengan ayat-ayat yang tajam dan pedih , atau menganjing dia hingga dia rasa marah. Dalam situasi ini , siapa yang marah akan dikira kalah . Lagi-lagi yang terus meletop, huhuhu terus serang guna kekerasan. Maka , bertempurlah kedua-dua pihak macam masing-masing dahagakan darah!

Tapi , jika kita bijak. Senang sahaja untuk menjatuhkan musuh kita. Apa-apa pun , kita kena relax stay cool...jangan cepat melenting. Apa yang kita perlu sentiasa hati-hati , jangan melakukan perbuatan atau aksi yang boleh dijadikan sebagai punca yang akan membodohkan kita. Jadi , tolong jangan jadi target ketika disitu. Pastikan anda bebas dari segala faktor yang boleh membuatkan musuh anda jadikan ia sebagai senjata. Sebagai contohnya , kalau musuh anda bencikan anda atas sikap memandang rendah orang lain. Anda hanya perlu tunggu bila dia memandang rendah orang lain pula , pada ketika itu. hahahah perli yang tajam harus diberi agar dia menerima sakitnya. hahaha kejam bukan?

Bila kita dimusuhi orang , memusuhi orang. Anda perlu tanamkan suatu sifat yang kita gelar KEJAM. hahah ya, kejam itu harus ada. Bukan hanya perbuatan, tetapi yang paling penting. Pandangan mata itu, kejam yang kita alirkan pada pandangan mata kita. Bila musuh kita pandang kita , bagi satu pandangan luar biasa yang kejam. Dalam 2-3 minit pun dah cukup untuk buat musuh anda rasa sakit hati. Harus di ingatkan , misi utama anda ialah membuat musuh anda sakit hati. Selain itu , anda boleh tunjuk kekejaman anda dengan mengunci pintu gate depan rumah anda jika anda serumah dengan musuh anda dan jangan tinggalkan kunci pada dia. Biar dia terkunci di luar dan menunggu hingga penat berbaur marah. Tempoh yang paling minimun , dalam 2-3 jam. Musuh anda akan berasa penat dan sakit hati bila terkena sebegitu.hahaah

Yang pasti , bila kita ada musuh. Banyak masalah akan melanda kita , jadi kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Inilah risiko yang paling besar sekali. Minda dan fisikal anda akan dijahanamkan. Seharusnya , setiap kata-kata, perbuatan , pandangan musuh anda atas tujuan menyakitkan hati anda perlu dibias semula dengan menunjukkan dia adalah pesalah dikalangan kawan-kawan dia. Seperti , ayat-ayat seperti "kawan makan kawan" semestinya kawan-kawan yang lain akan ingat anda dikhianati dia. Cuba pengaruh rakan-rakan anda untuk membenci dia atas perbuatan yang dia lakukan terhadap anda. Jika boleh , biar satu institute tahu yang dia sedang berlaku jahat terhadap anda. Hakikatnya , anda sedang mencucuk jarum demi membalas dendam terhadap musuh anda.

Arankian , pabila bertemu musuh anda. Lekaslah kamu menghunus pedang agar kamu tidak cedera. Biasanya , jika kita terlambat. Yang pasti , beban komen-komen yang menjatuhkan kita dari pihak-pihak yang tak terlibat. Selalunya , kalau kita lambat mendapatkan sokongan dari pihak lain , berjaga-jaga lah. Kita bakal menghadapi pemulauan secara radikal dari musuh anda dan sewaktu dengannya. Setiap perbuatan perlu pantas , selangkan dari musuh anda.

Musuh jangan dicari , ayat lama yang selalu kita dengar. Namun , kadangkala kita tak mahu pun mencari musuh. Tiba-tiba sahaja musuh yang cari kita , kenapa? Entah lah. Mungkin dia tidak begitu bersetuju dengan pendapat dan perbuatan kita. Pedulikan ia, kita dengan pendirian kita , tidak perlu untuk menyenangkan hati mereka, sedangkan mereka tidak pernah menyenangkan hati kita. Kenapa kita perlu menjaga hati dia , sedangkan dia tak pernah menjaga hati kita. Konfrantasi harus di laksanakan!

Akhir kata , jika anda mahu musuh dan bermusuh. Pastikan , bukan anda yang jatuh dahulu. Never surrender and never die. Lagi baik jika anda mengelak dari bermusuhan jika anda seorang yang lemah. Ini mungkin sesi yang terakhir bagi sindiket Lawan-kawan dan doktrin komunist mungkin akan membicarakan beberapa topik yang lebih hangat lagi dari api. Jangan sesekali tunjukkan simpati kepada musuh anda , mereka tidak layak untuk anda. TABIK !!!


" I can be your nicest Friend ever and your worst Enemy "




0 Telegram Komen: