BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 20, 2010

Sedih

Aku sedih bila ada masalah ,
aku juga sedih bila tiada teman ,
aku juga masih sedih jika tiada kekasih ,
perasaan kosong , hilang , batu .
macam tiada perasaan untuk dicurahkan dalam hati ,
hati itu jadi kering tanpa perasaan ,
ini buat aku lagi sedih ,
rasa sedih sangat ,

di waktu kecil ketika aku sedang bermain. Tiba-tiba ada budak pukul aku . Lalu aku belari sambil menangis balik ke rumah. Sampai di rumah , ibu marah pada aku.
"kenapa menangis? kamu lelaki tak boleh menangis"
Tetapi...

aku sedih sebab dia pukul aku,
aku sedih sebab dia sakitkan aku ,
aku sedih sebab aku tak boleh lawan dia.

Hakikat...
aku masih sedih dengan dunia yang kejam ini ,
mereka buat aku sedih dengan keadaan aku ,
dunia ini terlampau kejam buat aku ,
aku tetap sedih...

walaupun air mata tidak mengalir , hati aku sedih dengan jiwa yang kosong , tanpa kasih perasaan , tanpa teman untuk menghilangkan sedih , aku rasa sunyi dan ini buat aku tetap sedih.
tiba-tiba suatu hari...

bangun!!!
jangan menangis lagi !
buat apa sedih-sedih ni ?
macam bodoh !
siapa nak layan perasaan sedih kau?
kau lemah!
lembik!
lembab!

ia kedengaran di sisi cuping telinga aku,
ia petanda yang aku harus berhenti sedih,
aku mahu sedih kerana sudah terbiasa,
sedih sudah menjadi lumrah aku.

Tidak!
dalam dunia kejam ini,
orang yang selalu sedih ialah orang yang...

apa?
orang yang apa?

lemah?

Pada , pagi hari seterusnya. Aku bangun dari tidur yang kusam itu lalu pergi ke bilik air untuk mandi sambil setiap derai-deraian air shower membasahi tubuh ku. Aku hapus kan segala kesedihan aku tentang dunia , kekasih , kawan , keluarga...aku sedar jika aku terus bersedih. Suara halus itu akan ku dengari lagi. Ia akan membisik ke telinga ku agar aku sedar yang dunia ini tidak perlu orang sedih. Orang selalu sedih tidak akan dapat merasa kemanisan hidup di dunia ini , macam mana jika kita tidak dapat merasa kemanisan dunia ini dan kita mahu menghadapi akhirat kelak? Aku harus berhenti bersedih , agar aku dapat meneruskan hidup aku di dunia ini dengan merasa setiap kemanisannya. Selesai mandi , segala kesedihan itu aku bersihkan dan tukarkan ia menjadi tidak sedih. Siap berpakaian. Aku berjalan keluar dari rumah sambil menghirup udara segar dan merasai kehangatan mentari pagi. Ya ALLAH, KUATKAN SEMANGAT AKU UNTUK TERUS HIDUP DI ATAS BUMI INI...amin


"sedih itu cuma perasaan yang boleh dibasuh"
janganlah kamu bersedih lagi, bangun dan rasai kehangatan mentari...

0 Telegram Komen: