BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

Operasi Nabmeres /N9


Nabmeres/N9


Tarikh : 25/10/2010 @ 0800 am
Lokasi : sektor N9
Anggota yang terlibat :-

1) Brig Komunist Ikhvan
2) Left Tg Ifab
3) Left Uya Lala
4) Prebet Peira

Misi : Menjajah Nabmeres

Laporan : -

Doktrin Komunist telah menghantar telegram urgent isnin lalu yang kami terpaksa berubah lokasi untuk misi kali ini atas sebab yang di rahsiakan. Walaupun , pada masa yang tidak dijangkakan arahan ini dikeluarkan , pegawai-pegawai tentera komunist yang diketuai oleh Brig Komunist Ikhvan terpaksa bergerak ke lokasi secepat mungkin. Menurut laporan risikan terkini .
Lokasi asal Asotnes , sektor KL kem infantri vistanacondo terpaksa ditutup atas kesesakan anggota tentera komunist yang makin bertambah. Hakikatnya , alasan kesesakan itu di ajukan melalui mesyuarat majlis Atasan atas dasar kebanyakan pegawai-pegawai yang tersenarai didapati tidak menjalankan tugas mengikut arahan. Ketika situasi do lokasi Asotnes makin terkawal , sektor KL berubah menjadi kawasan putih iaitu bebas musuh. Adalah lebih baik jika pegawai-pegawai komunist yang tersenarai di hantar ke lokasi yang lebih memerlukan khidmat mereka.

Risikan awal menunjukkan , dalam operasi Nabmeres, sektor N9 adalah kawasan hitam, dimana aktiviti musuh agak aktif dan perlu dikawal agar pihak musuh tidak dapat maju menyerang sektor-sektor lain yang berdekatan. Misi 5 minggu ini diharapkan akan memberi hasil yang lebih baik kepada Doktrin Komunist. Isu kekurangan pegawai di sektor N9 juga merupakan masalah utama yang dihadapi.

Dengan penambahan pegawai-pegawai veteran , diharapkan semangat tentera infantri di kem tamanduyong dapat dikembalikan dan kemenangan dapat dikecapi. Di iringi oleh Left Tg. Ifab dan Left Uya Lala , Brig Komunist Ikhvan memulakan perancangan awal dengan menghantar unit risikan bagi memastikan lokasi sebenar misi ini. Dengan berbekalkan , artillery G-66 , mereka telah bersedia untuk mengempur Nabmeres. Semangat dibakar , musuh bakal dimusnahkan tanpa belas kasihan sambil menuju kearah kejayaan Tabik !!!


"Tiada Mati yang tidak disertai Maut , semuanya sakit "

0 Telegram Komen: