BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Kotak Nabmeres

Arankian , sudah seminggu...

aku di seremban nie macam tak hidup tak mati. Tak de apa yang boleh aku seronokkan. Hakikatnya , tempat posting ok, kerja-kerja praktikal aku pun ok setakat ini. Cuma , apa yang aku nampak ialah pandangan dari takat rumah hostel yang kami tinggal hingga lah simpang keluar dari hopsital itu...itu sahaja.

Aku rasa stress , tak dapat nak keluar dari kelompok itu. Aku rasa bosan tahap yang paling tinggi sekali rasa macam tak boleh nak hidup. Macam hidup dalam sebuah kotak.

Setiap hari , setiap masa adalah benda yang sama. Berjalan di waktu pagi pergi ke arah hospital dan tepat jam 5 pulang balik ko hostel.
Malam sikit , kalau kaki sakit sangat sebab berjalan jauh duduk jer lah rumah. Ingatkan boleh lah aku ajak kawan aku datang lepak ngan aku. Cuma kadang-kadang jer lah. Aku pun tak nak menyusahkan dia selalu suruh dia datang lepak ngan aku, dia pun ada kerja lain.

Setiap hari rutin yang sama , jiwa aku makin membatu. Macam orang bodoh, dapat pulak teman seposting yang jenis buat hal sendiri dan jenis tak fikir yang ada orang lain sebelah dia. First time aku jumpa orang yang macam tu , bagi salam tak dijawab. Cakap sikit jawab sepatah...naik bilik tutup pintu? agaknya macam mana aku nak kenal orang yang macam tu? Yang paling bodoh , ramai juga yang melepak kat ruang tamu tu. Pintu depan kunci di manggakan. Bila bagi salam minta tolong bukakan pintu? macam nak tak nak jer. Pasal kunci , pagi-pagi nak tinggi suara macam gengster. Cakap elok-elok tak boleh? macam tak ada adab. Aku cuma fikir yang aku dah tua nak melayan kerenah budak-budak kau. Hakikatnya , aku tak tahu langsung kunci tu kat mana. Bila pulak aku guna? Kenapa aku yang ditengking-tengking?aduhaaaiiiii~~~~~

Aku ada duduk berbual denga member setempat aku yang belajar di seremban, dia cakap relax lah duduk sini , janji ada kemudahan transportasi yang senang kita nak gi mana-mana. Ya , aku tahu semua itu. Cuma aku bukan nya ada transport kat sana, duduk serumah dengan budak-budak yang ada transport pun bukannya boleh pakai. Kereta kat hostel tu ade dekat tiga bijik. Satu pun jangan harap lah dapat hantar kau gi mana-mana pun, sebab tuan kereta tu jenis orang yang banyak alasan bila mintak tolong.

Sesungguhnya , aku merasakan diri aku ni hina bila asyik meminta-minta pada diorang. Maaf lah , aku tak batak lah dengan kereta korang tu, kalau aku pinjam pun bukan aku tak mampu nak tanggung duit minyak kereta korang tu. Lebih dari apa yang diminta aku bagi. Aku ada kuderat aku sendiri untuk berjalan. Aku masih bernafas untuk terus berjalan dan aku tak terlalu batak dan mengharapkan orang seperti kamu semua! useless...

Aku susah pun biarlah aku menikmati kesusahan itu , tak macam korang anak orang kaya dan masuk kolej nie pun ada sponser dari kerajaan...Aku rasa buat rugi jer duit cukai yang abah ngan mak aku bayar pada kerajaan sebab nak guna duit tu tanggung korang belajar kat sini. Aku rasa korang tak layak lah ditanggung kerajaan. Buat rugi duit kerajaan jer. Agaknya , macam mana lah korang time kerja dengan kerajaan nanti? bukan ker kerajaan kerja untuk rakyat? jika macam tu lah sikap korang time muda nie, tak susah nak cakap bila dah kerja nanti masyarakat aku cakap "ruginya aku bayar duit cukai kerajaan, sebab dapat pekerja awam yang macam korang"...

Sememangnya , aku sangat stress hidup di seremban walaupun kerja praktikal aku ternyata baik. Aku dah macam tak boleh nak fikir apa-apa dah, MATI kutu aku kat sana. Sememangnya kau cuba melarikan diri aku dari tempat itu. Minta di bebas kan pandangan aku biar luas dan biar minda kau terus mengembang. Tapi tidak di seremban.



"Bebas kan aku dari sangkar ini , agar aku dapat menghidu udara Kebebasan"

3 Telegram Komen:

WaFa ShaHiRaH said...

sabar la abang oii..
janji boleh hidop.. :)

Unknown said...

pergh....luahan hati tidak bertepian ni..

Unknown said...

cipta kan aku sebuah traspot wahai tuhan!!!