BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 13, 2010

Konfrantasi Bakal Bermula !

Sejarah Konfrantasi Komunist

Tarikh 13 oktober , hari dimana pelan konfrantasi baru akan bermula . Bukan kehendak diri sendiri ,tetapi kehendak mereka yang dahagakan keadilan yang sama rata tanpa mengira taraf kedudukan. Semenjak penubuhan negara Sechsunddreißig , tahun pertama Brigadier Komunist Ikhwanuddin telah memegang kedudukan sebagai presiden dan berterusan hingga tahun ke 2 . Dengan ideology dictatorship yang menjadi asas pemerintahan kerajaan ketika itu , ramai rakyat yang sengsara dan merana dengan cara pemerintahan tersebut. Hari demi hari , kehidupan rakyat makin sengsara , namun demi maruah dan martabat negara Sechsunddreißig . Namun , yang pasti hak mereka telah di angkat ke 1 tahap yang membuatkan mereka senang . Cuma , sesetengah isu politik diselesaikan dengan cara yang keras bersamaan dengan prinsip hak sama rata . Hatta , kebanyakkan ahli-ahli politik ketika itu tidak gemar dengan cara ini kerana kedudukan dan kuasa mereka tergugat .Banyak rakyat dan askar terpaksa berkorban ketika tragedi pengulingan dia .... Sejarah hitam ini mula dilupai selepas Brigadier Komunist Ikhwanuddin digulingkan oleh rakyat yang ketika itu diketuai oleh Daniel Dahlan , seorang pemimpin era baru yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata. Masuk tahun ke 3 , Präsident Daniel Dahlan yang mengamalkan pemerintahan democrat dengan jayanya membawa negara Sechsunddreißig ke era kegemilangan . Namun , ia tidak bertahan ... Sikap terlalu berlembut membuatkan kebanyakan para menteri era itu telah menyalahgunakan kuasa terhadap rakyat jelata. Malahan , dia telah melaksanakan sebuah rencana masa hadapan bagi tujuan mengekalkan kedudukan dia dan beberapa ahli politik lain dalam kerajaan .Permulaan kepada pengabaiyan hak rakyat ! Seperti biasa pilihan raya dijalankan bagi memilih pemimpin baru.

Hatta , masuk tahun ke 4 , rakyat masih rasa tidak dibela. Lalu , selepas pilihan raya. Ima Umairah dipilih untuk memimpin negara Sechsunddreißig. Dengan gelaran Schwester Ima Umairah , dia ialah pemimpin wanita pertama yang mengepalai kerajaan yang sebelum ini didominasikan oleh kaum lelaki sahaja. Ketika era Schwester Ima Umairah, hak-hak rakyat telah ditegakkan. Banyak isu mengenai ketidakadilan hak rakyat telah diselesaikan. Namun , isu politik dalaman kerajaan banyak memberi masalah kepada dia. Akhirnya , dia tumbang setelah digulingkan atas dasar mengancam kedaulatan dan keamanan rakyat jelata . Propaganda Brigadier Komunist Ikhwanuddin telah guna pakai oleh Schwester Ima Umairah ketika isu politik wang dikalangan pegawai atasan.

Arankian , selepas era 3 pemimpin terdahulu, ketika masih dalam tahun ke 4 juga. Seorang pemimpin baru telah dipilih melalui pilihan raya. Jawatan penting itu telah disandang oleh Rafezi . Salah seorang ahli politik ketika era Brigadier Komunist Ikhwanuddin dan Präsident Daniel Dahlan dahulu. Karier politiknya makin berkembang semenjak era kedua-dua bekas pemimpin ini. Dengan kuasa yang di pegang Heerführer Rafezi mengetuai parlimen kerajaan Sechsunddreißig dengan sikap toleransi dan demokrat yang tinggi. Hakikatnya , tempon pemerintahan yang pendek itu telah membuatkan rakyat lebih sengsara kerana hak mereka terpaksa diketepikan demi menyenangkan ahli-ahli politik yang kurop untuk mengekalkan kuasa mereka . Maruah dan daulat kerajaan ketika itu agak tidak stabil . Rakyat belum cukup puas dengan keadilan yang mereka alami. Cuma , kebaikan yang mereka nikmati adalah lebih baik berbanding sebelum ini . Heerführer Rafezi amat mementingkan kesenangan rakyat jelata dan jasanya amat dikenang.

Terkini , negara Sechsunddreißig telah masuk tahun ke 5 , era yang dinanti-nantikan rakyat sekalian . Bekas-bekas pemimpin negara Sechsunddreißig cuma mengharapkan sejarah lalu dapat diperbaiki dan dapat membawa kerajaan ke arah kemajuan dan keharmonian. Di pimpin oleh Zety Asma , wanita yang berkaliber dan tabah dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan telah cuba membawa negara ini ke arah yang lebih baik . Dengan gelaran Regina Zety Asma , dia cuba mengembalikan kesenangan kepada rakyat . Hakikatnya , demokrasi yang menjadi asas pemerintahan dia agak pelik . Tidak semua isu-isu penting kerajaan di dedahkan buat pengetahuan rakyat semua . Isu rasuah dikalangan ahli politik makin menjadi . Rakyat di butakan dengan kesenangan yang diakhiri dengan hutang-hutang. Semua isu yang berkaitan denga hak rakyat telah diketepikan . Dia terlalu lembut dalam menangani masalah-masalah politik kerajaan.

Tarikh 13 oktober , hari dimana pelan konfrantasi baru akan bermula . Beberapa ahli politik dalam kerajaan Sechsunddreißig telah membina satu pelan yang dimana Brigadier Komunist Ikhwanuddin akan diberi semula jawatan penting itu dan membawa satu perubahan yang akan membuatkan kedaulatan dan maruah negara diangkat semula .

Hakikatnya , mahukah rakyat negara Sechsunddreißig menerima semula bekas pemimpin mereka ini? Mahukah mereka bersatu dan sumpah taat setia terhadap doktrin Komunist ? Mampukah mereka menerima revolusi yang bakal mengegarkan dunia politik Sechsunddreißig? Mampukan rakyat jelata bersama-sama menjayakan konfrantasi ini ? Anda perlu soal diri anda jika mahu saya kembali . Realitinya mereka masih tidur...

"Angkat senjata maju kehadapan , menentang musuh dan kembalikan hak kita" TABIK !!!

1 Telegram Komen:

Unknown said...

sja je ain oooiiii~