BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 15, 2010

Tragedi Di Hari RAYA


Pada 2 hari sebelum syawal...


8/9/2010 @ 0400pm

Abdullah Baharom datuk ku telah mengalami kecederaan kepala sewaktu sedang mencari kayu api di laman hadapan rumah di Lanchang,Pahang. Sedang sibuk anak-anaknya menyiapkan juadah untuk berhari raya, keadaan menjadi panik apabila adik ku Azamuddin menjerit "tok wan jatuh pengsan". Sewaktu kejadian yang tidak dirancang itu , bapaku Anuar Wok menantu Abdullah Baharom segera mendapatkan kenderaan untuk menghantar beliau ke kelinik yang berdekatan.
Pengsan selama 5 minit dengan kepala berdarah dan gigi hadapan yg patah kerana ditimpa dahan kayu. Anak-anak beliau yang sibuk di dapur segera bergegas mendapatkan ayah yang tersayang. Sewaktu itu aku masih dalam perjalanan pulang ke kampung bersama pakcik ku. Fikiran buruk mula meyelimuti fikiran ku, Ya ALLAH ku hanya mengharapkan tiada apa yang kritikal berlaku ke atas datuk ku...

8/9/2010 @ 0930pm

Aku baru tiba di kampung dengan pakcik ku . Gusar ku memikirkan keadaan datuk ku. Kulihat sewaktu ketibaan ku, mereka begitu gundah gulana, risau mula meyelinap dalam fikiran mereka . Masing-masing menunggu apa yang bakal belaku seterusnya. Pakcik ku bercadang untuk pergi melihat datuk ku di hospital Temerloh. Kerana petang tadi selepas ke kelinik Lanchang, datuk ku dibawa ke hospital Temerloh untuk rawatan lanjut. Aku pun menelefon bonda ku Salmah untuk menanyakan perkembangan terkini keadaan datukku. Kata nya , masih berada didalam ward pemantauan untuk dipantau dalam jangka masa 5-6jam sebelum di transferkan ke ward medical surgical tingkat 6.

9/9/2010 @ 0035am

Sebelum di transferkan ke ward medical surgical , kami melawat datuk di ward pemantauan. Nenek ku Jamilah Jamin juga berada di situ mahu melihat suami tercinta. Keadaan beliau agak menyedihkan . Tersandar layu nenek ku kedinding sambil menangis sedih dek keadaan datukku. Mengalir air mata ku melihat kesedihan nenek ku itu.

10/9/2010 @ 7000am

Masing-masing keletihan, suram dan sedih. Syawal tiba dengan kesedihan.Kami sekeluarga meyambut syawal dengan kesedihan. Gembira itu disentap, datukku masih berada di ward. Keadaan dia yang mamai , muka sembam membuat kami sedih dengan keadaan nya. Mood beraya terhenti di situ. Rendang di dapur tidak siap, lemang tidak menjadi.Masing-masing cuma memikirkan keadaan datuk ku. Selesai solat sunat aidilfitri , bersalam-salaman ala kadar. Kami lekas bersiap untuk melawat datuk di hospital.

10/9/2010 @ 1200pm
Dihospital , kami bersalam-salaman dengan datuk , sedih dengan keadaan beliau. Senyum tidak lagi terukir dimukanya.Namun , syawal tetap disambut dengan senyuman.


Ya Allah sembuhkan lah datuk ku Abdullah Baharom dari kecederaan beliau amin~



0 Telegram Komen: