BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 27, 2010

Sindiket Kawan - Lawan ( siri 1 )

KAWAN


Arankian , pabila pedang bertemu pedang . Senapang menghujankan peluru. Ada yang cedera kesakitan . Ada yang pedih kekalahan . Begitu juga lumrah kehidupan berkawan . Bagi aku , dah macam2 jenis kawan yang variasi perangainya berbeza2 . Ada kalanya , ia akan serasi dengan ideology kita. Juga , ada yang bercanggah dengan ideology kita . Hakikatnya , ia perlu dalam perhubungan sebegini kerana ini akan mencetuskan variasi dan meyeimbangkan hubungan tersebut. Seperti Yin & Yang , seperti parti kerajaan & pebangkang. Jikalau semua nya sama saja ideology. Hubungan berkawan tu akan jadi hambar , ya...aku tahu yang kadang2 kita jumpa kawan yang sekepala dengan kita. Bagus lah begitu, logiknya mesti ada sesetengah isu yang akan diperdebatkan. Minat kita dan kawan kita mungkin sama , tetapi lain2 cara kita respond pada situasi itu.


Pada pendapat aku , walaupun bercanggah sejauh mana pun ideology kita dan kawan kita . Benda yang akan terus menghubungkan hubungan itu ialah sikap tolak ansur dalam perhubungan. Kamu bagi aku , aku bagi kamu balik. "orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa" ungkapan yang sesuai bagi menjelaskan senario ini.


Ada situasi yang , walau sudah lama berkawan. Kita masih tidak dapat mencapai satu kata sepakat. Bagi aku , ini isu ego masing2. Dua2 belah pihak tak mahu mengalah . Semua mahu tunjuk hebat . Ya , aku juga pernah begitu . Tapi demi hubungan kawan yang berkekalan . Aku juga berubah . Begitu juga kepada mereka2 yang menghadapi situasi sebegini. Kedua2 belah pihak mesti ada beri dan terima . Give and take . Jika sebelah pihak sahaja yang memberi , semestinya pihak yang satu lagi akan merasa pedihnya. Sebagai contoh , kawan yang seorang ini sering membeli rokok , yang seorang lagi akan jadi tukang pow rokok , malah tak pernah beli pun walau sekotak .Anda nampak apa yang saya cuba sampaikan . Dalam situasi itu , sikap ambil kesempatan pada satu lagi pihak sangat jelas .

Kawan tetap kawan , sejauh mana pun kita bergaduh , akan tiba satu masa di mana kamu akan kembali memerlukan kawan kamu , begitu juga dia. Hakikatnya , pada waktu itu. Akan ada seuatu perasaan awkward atau janggal ,hahahah. Yang pastinya , anda kan merasai manis nya. Sebagai mana ada senario di mana, akan ada seorang dalam kumpulan itu yang akan menjadi dominan , ya itu .Tukang lawak dan membahan kawan nya dalam niat bergurau. Seorang lagi pula akan menjadi bahan lawak , maka kesabaran dia akan di uji. Makan hati la jadinya. Mahu di jadi kan cerita, kawan yang sukan membahan ini telah membahana lawakkan kawan yang seorang ini hingga menyentuh perasaannya. Maka , merajuklah kawan itu selama sebulan hingga tidak mahu melepak bersama2. Diajak sebagaimanapun , kawan yang sudah tersentuh hati ini , tetao enggan melepak bersama selagi si tukang bahan ini menghentikan lawak jahatnya itu. Kita boleh menilai seseorang ini dari bagaimana dia respond pada lawak itu. Jika dia tidak mampu atau tidak dapat menerima . Sila lah ubah cara anda melawak takut akan berlarutan dan mengeroh kan hubungan kawan dan kawan itu.

Jika , kita uraikan isu "kawan" ini , semestinya akan lebih dalam diskusi kita. Bagi aku , isu kawan ini menarik dan akan membuat kita lebih berhati2 dimasa hadapan dalam berkawan. Dapat kita jadi ia pengalaman dalam kehidupan ini , asam garam dalam berkawan. Dalam siri seterus nya aku akan mengungkap isu kawan dari pandangan mata Doktrin Komunist melalui isu pengkhianatan. Nantikan , TABIK !!!

0 Telegram Komen: