BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

Biar ku hadiah kan cermin buat mu~

Kadang-kadang kita tak nampak apa yang sedang kita perlakukan dalam kehidupan kita.
Jadi , biar lah saya hadiahkan sebuah cermin untuk anda , agar anda dapat cerminkan diri anda.
Tenung dalam-dalam rupa wajah anda , dan tengok sendiri perilaku diri anda. Hakikatnya , anda mungkin tak sedar diri , anda fikir anda sempurna. Semua yang rakan anda katakan semua nya salah . Anda lah yang paling tahu segala-galanya. Yelah , kawan anda tu tak tah apa-apa , belum sempat dia berkata apa-apa , anda dah pangkah dia. Atau , mungkin semua orang salah. Kamu sahaja lah yang paling betul , prihatin , jujur , dah segala tabiat mulia itu milik anda.
Itu bermakna anda terlalu berlagak dengan diri anda , anda tidak beri peluang pada mereka-meraka yang tidak sempurna itu untuk bersama-sama anda di dalam dunia pinjaman tuhan ini.
Alasan anda , itu adalah gurauan jika anda tidak ambil endah tentang kawan anda yang sedang mencuba untuk meluahkan pendapat dia. Pangkah awal-awal , tidak bagi peluang. Jika rakan anda terasa hati , anda kata cara dia terima respond tidak betul. Hati kena keras bila lepak bersama anda , kena buka minda jika mahu bersama-sama family yang anda sertai.
Harap maaf , ketika itu anda sedang menunjukkan anda seorang yang sempurna, padahal anda bukan nabi mahupun lagak seorang tuhan. Itu menunjukkan anda perlukan cermin untuk menilai diri anda sendiri. Bila oran tegur , anda anggap teguran mereka itu hanya sebuah idea yang tidak bole diterima pakai. Anda bergurau dengan cara menunjukkan yang diri anda sangat sempurna. Anda sahaja lah yang mengeluarkan idea-idea bernas di alam ini. Di mana nilai persahabatan anda? patutnya anda kena cuba menerima keadaan rakan anda itu. Biarkan dia meluahkab idea-idea dia yang tersendiri. Hakikatnya , anda melambangkan diri anda seorang yang mempunyai minda terbuka? kelakar bila masih ada manusia yang menganggap diri nya sendiri sebegitu. Jangan lah anda tidak menghiraukan rakan anda itu , mungkin dia terpaksa menjadi plastik sewaktu lepak dengan anda dek kerana mahu menyertai family anda itu.
kesudahan nya , anda telah menahan image sebenar kawan anda itu.

Nasihat saya :
cermin lah diri anda , anda hanya manusia biasa.
tidak sesempurna seorang wali ALLAH , mahupun Nabi.

0 Telegram Komen: