BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

Musuh anda TIDUR di sebelah anda!


Al-cerita , kisah dia musuh ku . Walaupun sering tidur disebelah aku. Firaihz tetap meyimpan dendam , benci & lain-lain. Kami bukan gay partner , sahabat , kawan , member atau teman seperjuang komunist. Bagi aku dia hanya lah seorang yang belajar sama kolej dengan aku.Dah lah tidur sebelah aku tanpa dijemput. Tidur dah lah lasak. Cuba untuk aku bertoleransi dengan dia. Tetapi , dia sering minta lebih , mahu kan lebih perhatian , mahu jadi tumpuan. Alahai , dia seperti kanak-kanak walaupun dewasa , sering dia berkata yang dia sudah berubah .Bukan seperti dahulu , seorang pemarah dan pemukul tanpa otak. Hakikat nya , kali kedua aku bersama-sama ber posting dengan nya. Dia tidak berubah pun , walau seinci mahupun sedetik masa, cuma hanya berselindung dibalik "kebaikan" yang di buat-buat...hipokrit. Dia sering mengutuk aku , namun aku tahu itu tidak akan berjaya menjatuh kan aku. Firaihz mungkin berdengki dengan ku , dendam lama dia dengan ku masih belum terhakis sepenuh nya barang kali. Malah , perkara tentang Firaihz ini bukan hanya di sedari oleh aku sahaja , ia turut di hidu oleh kawan ku Ifabi. Cuma situasi di sini berubah sedikit , Ifabi menjadi mangsa di Firaihz...semua ketidak puasan hati nya di curahkan laju kepada Ifabi, kesian Ifabi . Siapa suruh kau layankan perangai dia yang hina bagi aku. Sudah tawar hati aku dengan Firaihz , sebab itu aku tidak melayan sangat dia. Bak kata Bonda aku, dia bercakap kau bercakap , dia senyap kau senyap. Tidak perlukan komitment persahabatan dengan orang yang tidak mengenag budi itu.


cuma peringatan dari aku :-

Kau jangan ingat kutuk-kutuk belakang aku tu cam dewasa sangat ,
kalau kau jantan sangat , gengster sangat mari cakap depan-depan aku ,
kau pandai bodek , ingat dengan membodek kau boleh berjaya ?
cium lah bontot orang puas-puas.
kau selalu cakap kami lupa member,
kau pernah ingat member ker? pernah cuba gerakkan kami pegi kerja?
kau cakap aku self-fish,
padahal kau lah self-fish sejati!
keluar tak pernah lupa kau,
tapi kau tinggal kan Ifabi , mati kutu dia.
kau salahkan orang lain atas kesalahan kau,
apahal nie? tanggungjawab lah sikit , kata anak sulung!
kau takde duit nak makan kami bagi pinjam , kesian~
tapi macam nie kau balas budi? kami tak pernah nak mintak balik duit tu.
aku bebel pasal jimat duit kau kata aku memekak.
kalau rokok dengan rela kami bagi,
kau pernah tak hulur rokok pada kami?
kau perli orang dengan niat orang akan mintak maaf pada kau,
sebenarnya , kau sendiri yang salah. perli bodoh namanya.

secara am nya , konklusi aku terhadap kau :

"seperti melepaskan ANJING tersepit"

Wednesday, August 25, 2010

Bbq Ramadhan - MEWAH !!!

Salam Ramadhan semua... sempena bulan yang mulia ini sempat kami ber BBq di sebuah kawasan yang dirahsiakan. Disertai Famy , Santa , Amar Polar , Bear , Dugong & tidak ketinggalan Komunist , walaupon last minute punye invitation. hahahah tak pe small matter lah tak amek hati. Kami sama-sama mengeluarkan wang , tenaga , idea dan tenaga petrol bagi mengerakkan majlis BBq ini. Maybe masa kurang baik tapi , hasil tetap terbaik dari ladang.
Menu seperti kenny`s roger dan mengalahkan Chill`s dan boleh menyaingi Kfc. Dengan daging ayam yang dibeli di Tesco, tukang perap iaitu Komunist , telah mengunakan bahan-bahan rahsia resepi ibu untuk memerap ayam . ditambah dengan hiasan tomato , salad segar berserta perahan lemon . diletakakan coleslaw buatan luar , dengan sos thousand island . Tetapi , tika itu Famy juga menunjukkan bakat kulinarinya dengan menghasilkan Garlic Sos yang unik rasanya sebagai pelengkap hidangan BBq ramadhan. Tidak dijangkakan , kali ini kami cuba mengetengah kan idea BBq yg baru...bukan seperti selalu. Kali ini , ala ber dinner , setiap hadirin disediakan set lengkap makanan...so korang tak boleh sentuh orang lain punye pinggan lah. cam makan dinner kat hotel gitu. hahahah. sitambah dengan bahan mem bahan Santa , sengih jer dia konon relax lah tu . Dugong? kurang pasti dengan keadaan dia.
Alhamdulillah , majlis diakhiri tepat jam 1030 malam dengan borak sakan gelak tawa. hakikatnya Amar polar sedah tidak keruan untuk tengok game bola malam tu.
cuma , pada hari itu...


Berbuka dengan penuh nikmat ,
makan masakan air tangan sendiri ,
menu yang mengancam nafsu makan ,
sedap cam hotel 5 bintang,
perut happy ,
ayam BBq sedap ,
nice grilled by bear,
borak , gelak , happy ,
semua kenyang sampai meletop.
next year kena buat lagi ok.

p/s : tiada kes sakit hati kena bahan atau di halau dari sidang majlis.

Thursday, August 19, 2010

JANGAN Matikan Jam Loceng Aku !

Tiap-tiap pagi , tepat pukul 6.30 pagi,

jam loceng hadiah dari bonda akan berdering nyaring,

Krrrrrriiiiiiiinnnnnngggggggg~

satu umah buleh dengar,
conform lah aku akan terjaga dari mimpi indah aku,
dengan niat dihati nak bangun awal pergi kelas,
pergghh niat di hati nak jadi best student.

Tetapi ya,

ada seorang "mangkuk" ni yang agak sengal,
atau lebih dikenali stupid dalam bahasa inggeris baku,
tak hensem , tanpa sedikit pun prihatin,
juga menganggap diri nya hebat.
berbekalkan "kehebatan" dirinya itu juga diikuti dengan waras yang was-was.
dia begitu bangga meng off kan jam loceng aku.

Kenapa dia off jam loceng aku?

biar saya jawab...

bila jam loceng itu berdering dengan bingitnya,
"mangkuk" itu akan terjaga lalu denga pantas meng off kan jam loceng aku,
namun, ketika itu aku tidak terjaga dari mimpi indah lagi,
lalu saya pun sering terlewat ke kelas.
bukan mahu mempersalahkan "mangkuk" itu , tetapi tindakan dia agak kuang ajaq.

Kenapa?

Bonda aku hadiahkan jam loceng itu agar aku boleh terjaga time sahur dan nak pergi kelas tiap-tiap hari , agar aku boleh tepati masa dalam rutin seharian.
bunyi jam itu untuk aku! bukan untuk ko "mangkuk". kalau dah terjaga dek deringan jam loceng itu, apa salahnya kejutkan aku sekali, tak salah kan?

senang cerita lah kan,
kau punye perangai cam bodoh!
ko tak reti hidup berkomuniti,
pentingkan diri sendiri. kalau tiap-tiap hari ko buat macam tu,
yang sakit aku lah bodoh!
aku harap aku tak sebilik dengan ko next sem nanti.
pegi mampost lah ko dengan tabiat ko tu.

TERIMA KASIH , SILA BLAH!

Thursday, August 12, 2010

Biar ku hadiah kan cermin buat mu~

Kadang-kadang kita tak nampak apa yang sedang kita perlakukan dalam kehidupan kita.
Jadi , biar lah saya hadiahkan sebuah cermin untuk anda , agar anda dapat cerminkan diri anda.
Tenung dalam-dalam rupa wajah anda , dan tengok sendiri perilaku diri anda. Hakikatnya , anda mungkin tak sedar diri , anda fikir anda sempurna. Semua yang rakan anda katakan semua nya salah . Anda lah yang paling tahu segala-galanya. Yelah , kawan anda tu tak tah apa-apa , belum sempat dia berkata apa-apa , anda dah pangkah dia. Atau , mungkin semua orang salah. Kamu sahaja lah yang paling betul , prihatin , jujur , dah segala tabiat mulia itu milik anda.
Itu bermakna anda terlalu berlagak dengan diri anda , anda tidak beri peluang pada mereka-meraka yang tidak sempurna itu untuk bersama-sama anda di dalam dunia pinjaman tuhan ini.
Alasan anda , itu adalah gurauan jika anda tidak ambil endah tentang kawan anda yang sedang mencuba untuk meluahkan pendapat dia. Pangkah awal-awal , tidak bagi peluang. Jika rakan anda terasa hati , anda kata cara dia terima respond tidak betul. Hati kena keras bila lepak bersama anda , kena buka minda jika mahu bersama-sama family yang anda sertai.
Harap maaf , ketika itu anda sedang menunjukkan anda seorang yang sempurna, padahal anda bukan nabi mahupun lagak seorang tuhan. Itu menunjukkan anda perlukan cermin untuk menilai diri anda sendiri. Bila oran tegur , anda anggap teguran mereka itu hanya sebuah idea yang tidak bole diterima pakai. Anda bergurau dengan cara menunjukkan yang diri anda sangat sempurna. Anda sahaja lah yang mengeluarkan idea-idea bernas di alam ini. Di mana nilai persahabatan anda? patutnya anda kena cuba menerima keadaan rakan anda itu. Biarkan dia meluahkab idea-idea dia yang tersendiri. Hakikatnya , anda melambangkan diri anda seorang yang mempunyai minda terbuka? kelakar bila masih ada manusia yang menganggap diri nya sendiri sebegitu. Jangan lah anda tidak menghiraukan rakan anda itu , mungkin dia terpaksa menjadi plastik sewaktu lepak dengan anda dek kerana mahu menyertai family anda itu.
kesudahan nya , anda telah menahan image sebenar kawan anda itu.

Nasihat saya :
cermin lah diri anda , anda hanya manusia biasa.
tidak sesempurna seorang wali ALLAH , mahupun Nabi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan tiba AUTOMATIK = Puasa

sudah tiba bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan lain
mahu pun bintang uranus atau bintang pluto.
di bulan mulia ini semua umat islam akan mula berpuasa pada 11/8/2010.
jadi... sama-sama lah kita sebagai muslimin dan muslimat yang waras
untuk berpuasa juga.
bagi Komunist, bila tiba bulan puasa. kita kena puasa.
ia seperti ada jam loceng dalam badan kita yang cakap
"sudah tiba bulan puasa, sila puasa"
hakikatnya , automatik minda kita akan berkata suruh kita puasa.
mod puasa lah kita pada bulan ramadhan ini.
puasa dari segala hawa nafsu , makan minum , jua rokok.
walaupun rokok tu payah sikit bagi mereka-mereka yang mengemari nakotin bakar.
bagi yang ketagihan porno...sila hide porno anda di dalam laptop do sebuah
tempat yang tiada siapa tahu mahu pun anda. jangan risau.
lepas habis blan puasa, layan lah puas-puas ya. hahahaha

Kadang-kadang , komunist rasa pelik bila lihat ada juga orang yang badan sihat ,
tetapi tidak puasa. selamba badak air mereka menjamah makanan di tengahhari yang panas.
sambil kekeyangan selepas pekena nasi kandar yang di beli di as-salam.
juga sebungkus air sirap limau ais , malah seronok menikmati sebatang rokok winston light.
perggghhhhh~ nikmat lah katakan.
tapi dosa anda dengan tuhan tiada siapa yang tahu.

kalau boleh,
sama-sama lah kita insaf kan diri kita.
elak kan tempat-tempat maksiat.
kalau clubbing tu lepas raya lah.

isi kan bulan mulia ini dengan ibadat-ibadat yang simple.
tak perlu tunjuk alim nak terus buat semua walaupun tidak rela,
agama kita bukan lah suatu paksaan.

Dari ibu pejabat Komunist Cenitic,
ingin mengucapkan.
selamat berpuasa dia bulan ramadhan al-mubarak,
semoga ia lebih baik dari sebelum ini.
TABIK !!!

Malam & Siang Niaraz

Niaraz pada malam itu dialah Dewa,
melayan tiun-tiun bunyi yang melekakan,
alunan melodi yang unik buat mereka memuja Niaraz,
lemas dalam balada keagungan palsu.

Niaraz pada siang pula dialah Dewi,
keanggunan Niaraz membangkitkan perasaan takjub para pemujanya,
kecantikan yang mengkhayalkan,
buat Niaraz hanyut dalam mimpi.

siapakah Niaraz?

Dewa pada malam hari,
Dewi pada siang hari.

realitinya

semua itu hanya berlaku di dalam dunia Niaraz yang separa sedar.

Monday, August 9, 2010

Orang Bodoh

Suatu masa...


kau anggap junior kau sebagai abang?
aku anggap kau bodoh.
kenapa?
kau senior yang bodoh.

ketika dahulu...

kami tidak pernah tinggalkan kau,
biar pun setiap kali ke tandas untuk merokok,
atau ke meja makan,
tetapi?
kau tinggalkan kami demi betina sundal itu.
2 hari kau menangis dek betina sundal itu.
aku anggap kau bodoh.
kenapa?
di permainkan betina itu.

seketika itu...

selepas kau ditinggalkan betina sundal itu,
kau gatal pergi ganggu betina lain,
kau bodoh laaa.
hingga kami malu dengan tabiat batak betina kau,
kemudian?
kau ganggu pula betina milik jantan lain,
kau pangkah laluan mereka.
kau bodoh.
kenapa ya?
cabar jantan lain. nak tunjuk jantan?

aku tidak tahu kebodohan yang macam mana kau miliki...

dari satu ke satu betina sundal , jalang , ke perempuan suci,
semua kau mahukan.

kau seperti mahu mempermainkan mereka,
lagak kau seperti jantan pujaan.

basuh , cuci , sabun kau macam mana sekalipun.
KAU TETAP BODOH!!!



Thursday, August 5, 2010

Komunist sedang Kusut!.

Kekusutan,
serabut fiber dalam minda.

Kepeningan,
bukan sakit kepala.

kebuntuan,
kekeringan idea.

Pada hari ini , aku tidak seperti biasa.
kepala ku tidak berhenti merisaukan permasalahan aku.
aku jujur , yang aku sudah buntu dalam mencari
cara atau kaedah untuk selesai kan masalah ini.
aku tidak tahu siapa yang patut ku tuju bagi
menyata kan permasalahan ini.

aku tidak mahu berkongsi masalah ini dengan sesiapa pun.
aku mahu mencari jalan untuk selesaikan masalah ini...namun

ke BUNTU an IDEA~

hakikatnya , aku dalam keadaan yang kritikal.
kedudukan aku bakal berubah.
semua bakal berubah.
aku terumbang-ambing di atas pelatar ini.
mengeluh pun aku tetap pening dengan masalah ini.

mengecewakan~

Tuesday, August 3, 2010

20 Tahun Kegemilangan Doktrin Cenitic

Sempena dengan hari kelahiran yang ke-20 tahun,
kesengsaraan,
kegembiraan,
kesedihan,

3 element penting dalam membentuk sebuah prinsip,
yang menjadi panduan hidup dalam komuniti manusia.

dengan ibu bapa yang tercinta,
dengan rakan-rakan seperjuangan,
susah senang dalam kehidupan,
dirempuh dengan tabah.

semoga akan datang,
kegemilangan yang sama hadir,
bersama-sama kemanisan,
kepahitan dalamkehidupan,
Tuhan sahaja yang tahu.

TABIK!!!